headernewspaper
What exactly lies beneath the exterior of that cool, calm & composed soulman whom we know as Taufik Batisah? Check out the following sections to learn more about the man.

lime_bullet Taufik at Berita Harian


Ekstra: 22 November 2008

Taufik lancar album baru
BH22112008_2
SELEPAS setahun bekerja keras mencari lagu-lagu terbaik untuk album terbarunya, Taufik Batisah akhirnya bersedia melancarkan album yang diberi nama Suria Hatiku.

Majlis pelancaran itu akan berlangsung di Dewan Konvensyen Suntec City (Dewan 601-603) pada 6 petang. Ia merupakan acara sempena Bookfest@Singapore.

Album yang mengandungi 10 lagu ini dijangka memperlihatkan kematangan Taufik sebagai artis yang versatil - bukan setakat sebagai penyanyi malah sebagai penggubah dan penerbit.

Lebih menarik perhatian, ia juga menyaksikan gabungan tenaga tiga individu penting dalam industri hiburan - bersama Ken Lim yang mencipta lagu bertajuk Gadis Itu berirama Latin dan M. Nasir, yang menghasilkan lagu Hey dan Citra Suria, yang dikatakan mencabar kemampuan vokal pemenang Singapore Idol pertama itu.

Satu lagi gabungan istimewa ialah lagu duetnya bersama Asian Idol, Hady Mirza. Dengarkan kehebatan vokal kedua-dua Idol Singapura itu menerusi lagu balada, Kepadanya, yang dicipta Taufik sendiri.

Taufik bersedia menemui para peminatnya di majlis pelancaran petang esok.

lime_bullet Back To Newspaper Articles


Copyright © 2008 TaufikBatisah.net All Rights Reserved.