What exactly lies beneath the exterior of that cool, calm & composed soulman whom we know as Taufik Batisah? Check out the following sections to learn more about the man.
SPEKTRA: 30 November 2008
Album Baru ‘Suria Hatiku’ Taufik Batisah

Kalau diikutkan kemampuan dan kebolehannya, Taufik Batisah boleh menjadi one man show untuk penerbitan album terbarunya.
Ramai artis lain yang berbakat sepertinya tentu mahu melakukan kesemuanya sendiri – dialah penerbit, dialah penyanyi, dia juga penggubah lagu, penyusun muzik dan penulis lirik.
Tetapi untuk album terbarunya, Suria Hatiku, Taufik seperti mahu menarik kesemua orang yang dekat dengan hatinya serta orang-orang yang cukup dikaguminya untuk sama-sama menjayakan album Melayu penuh keduanya itu.
Bukan setakat abangnya, Mustafa, yang pandai menyanyi diajak menyumbangkan suara, bahkan suara ibuya, Hajah Normainah Bachok, serta adiknya, Iskandar Batisah, sembilan tahun, dan anak saudara kesayangannya, Alisya Qistina, yang baru berusia empat tahun, turut kedengaran dalam album itu.
“Semuanya tidak dirancang lebih awal, tetapi dalam proses rakaman, ketika merasakan sebahagian lagu perlu dimasukkan suara-suara tertentu seperti suara latar, saya teringatkan anggota keluarga saya sendiri.
“Mustafa terutamanya, suaranya cukup baik. Saya memang mahu menjadikan album ini lebih bersifat peribadi tetapi tak sangka akan melibatkan keluarga saya,” kata Taufik sambil menambah abangnya yang berusia 28 tahun itu, menjadi penyanyi latar untuk beberapa lagunya.
Ibunya pula menyumbatkan bahagian vocal ‘nasihat’ untuk lagu berjudul Petua.
Namun gabungan Taufik dengan tenaga muzik professional seperti M. Nasir, Ken Lim dan Hady Mirza lebih menyerlahkan lagi kekuatan albumnya kali ini.
Lagu ciptaan M. Nasir, Citra Suria, sangat mencabar kemampuan vocal Taufik, yang selama ini lebih menonjol dalam lagu rentak R&B.
Ia juga mendedahkan sudut kebolehan Taufik yang berbeza sebagai seorang penyanyi.
Satu lagi lagu ciptaan M. Nasir dalam albumnya itu berjudul Hey.
“Saya memang mahukan kelainan ini hanya boleh didapatkan jika kita menerima perspektif orang lain”.
“Lagu-lagu M. Nasir berbeza daripada lagu-lagu yang pernah saya hasilkan sejauh ini dan saya amat menghormati kewibawaanya”.
“Saya tidak membuat apa-apa permintaan dan saya membiarkan Abang Nasir melakukan magisnya sendiri,” kata Taufik sambil menambah beliau mengambil masa kurang tiga jam untuk menyelesaikan dua lagu ciptaan M. Nasir itu di Studio Luncai Emas di Selangor kerana “datang dengan keadaan yang cukup bersedia tampa perlu membawa lirik ke dalam studio.”
Kata Taufik lagi: “Sebenarnya kami peruntukkan tiga hari untuk selesaikan rakaman. Saya memang pastikan, apabila membuat rakaman lagu, lirik harus diketepikan.
“Kalau kita tak hafal lagu itu, bererti kita tidak memahami dan tidak menjiwai lagu itu sepenuhnya. Kita harus kedengaran meyakinkan dan ikhlas.”
“Kami berjaya selesaikan semua urusan dalam tempoh kurang tiga jam.”
“Dua hari selebihnya, saya menghabiskan masa berbual-bual dengan Abang Nasir. Saya cukup seronok kerana Abang Nasir berpengetahuan luas dan banyak ilmunya.”
“Saya rasa sangat bertuah kerana dapat menyelami pemikiran seorang seniman yang menjadikan bidang yang diminatinya sebagai kerjaya.”
“Secara peribadi saya juga rasa bertuah kerana mampu melakunya apa yang saya suka sebagai kerjaya.”
Taufik berkata, beliau berharap album itu juga dapat mengembangkan langkahnya ke negara jiran apabila ia dilancarkan secara rasmi di Malaysia sekitar Februari nanti.
Konsert pelancaran di Singapura berlangsung Ahad lalu di Suntec City.
“Saya yakin saya mempunyai koleksi lagu yang cukup kuat”.
“Selama ini, saya terima banyak maklum balas daripada peminat di Malaysia yang bertanyakan bila saya mahu adakan persembambahan di negara mereka.”
“Selama ini saya lebih banyak memenuhi undangan majlis eksklusif di serata Malaysia dan Brunei, tetapi belum banyak peluang untuk konsert awam,” tambah beliau.
Walaupun keadaan ekonomi semakin suram, Taufik yakin semangat para peminat untuk terus memberi sokongan terhadap kerjaya muziknya tidak akan terjejas.”
“Bahkan saya rasa, semakin kita sedih, semakin itulah kita perlukan hiburan.”
“Mungkin orang tak mahu beli album dan hanya bergantung kepada sistem muat turun di Internet.”
“Saya sendiri dah tak mahu ambil kisah tentang beberapa banyak album saya akan terjual. Yang penting, saya hasilkan lagu-lagu yang bermutu yang dapat bertahan lama.”
“Jika orang menghargai lagu-lagu saya, mereka akan cari saya akan datang ke konsert saya,” kata Taufik.
Copyright © 2008 TaufikBatisah.net All Rights Reserved.
