headernewspaper
What exactly lies beneath the exterior of that cool, calm & composed soulman whom we know as Taufik Batisah? Check out the following sections to learn more about the man.

lime_bullet Taufik at Berita Harian

Ekstra: 05 January 2009
INGIN KUMPUL DUIT BELAJAR ‘SKYDIVING’

PEJAM-CELIK pejam-celik, 2008 sudah pun berlalu pergi tanpa diduga. Tahun baru yang tiba bermakna debaran dan cabaran yang baru serta azam tahun baru untuk ramai. Tahun baru juga tentunya sebagai tanda bahawa kita semua akan meningkat usia.

Begitu juga bagi Taufik Batisah, yang baru-baru ini menyambut hari lahirnya yang ke-27 pada 10 Disember lalu.

Saya dan teman-teman berkesempatan menemuinya di gedung Courts ketika peminat-peminatnya dari kumpulan Fiknatics menyampaikan kad raksasa kepadanya.

Semakin hari, usia Taufik semakin dekat mencecah 30 tahun. Namun begitu, hanya kini baru Taufik dapat merasakan sambutan hari lahir yang meriah dan secara besar-besaran.

Semenjak memenangi gelaran 'Idola Singapura', Taufik menerima pelbagai macam hadiah setiap tahun daripada rakan-rakan dan para peminatnya.
Taufik@BH
'Rasanya agak janggallah juga sebab dari kecil, Taufik tidak pernah ada birthday party atau hadiah yang banyak. Sekadar ucapan dan hadiah daripada ibu. Itu sahaja.

'Tetapi sekarang, macam-macam Taufik terima! Yang paling sering Taufik terima ialah coklat dan beruang teddy,' katanya terharu dengan pemberian peminatnya.

Meskipun Taufik amat menghargai hadiah-hadiah sebegini, pemberian yang paling bermakna bagi Taufik ialah sorakan para peminatnya setiap kali beliau mengadakan persembahan.

Semangat para peminatnya yang tidak pernah jemu memberinya sokongan yang mendorong Taufik untuk memberikan yang terbaik.

Kejayaan yang diraihnya pada usia yang muda sudah tentu menjadi kebanggaan dirinya dan juga masyarakat serta negara. Namun, sebelum usianya mencapai angka 30, apakah pula perkara-perkara yang ingin beliau lakukan?

'Pertama sekali, Taufik ingin memperolehi pendapatan yang secukupnya. Setelah itu, barulah Taufik boleh mencuba perkara lain seperti sukan lungsur langit atau skydiving! Jika diberi peluang, saya juga ingin cuba berlakon. Tetapi saya ingin memegang watak jahat! Lebih mencabar dan menarik daripada menjadi hero,' jelasnya.

Dari segi muzik, Taufik ingin menebarkan sayapnya ke Malaysia dan menggubah lebih banyak lagu.

Ternyata album terbarunya, Suria Hatiku, jelas mencerminkan kegigihan dan bakatnya dalam menggubah lagu dan menulis lirik.

Kira-kira, azamnya untuk menulis lebih banyak lagu tentu sekali akan menjadi kenyataan pada tahun-tahun akan datang!

Pada 2009 ini pula, Taufik akan sibuk dengan promosi albumnya di Singapura dan Malaysia.

'Tidak sabar saya!' ujarnya.


lime_bullet Back To Newspaper Articles


Copyright © 2008 TaufikBatisah.net All Rights Reserved.