headernewspaper
What exactly lies beneath the exterior of that cool, calm & composed soulman whom we know as Taufik Batisah? Check out the following sections to learn more about the man.

lime_bullet Taufik featured in Berita Harian

Ekstra: 13 May 2009
Nama Taufik Mekar Hingga Ke London
Hari Singapura

BIARPUN jauh di London, kalangan rakyat Singapura
yang menetap di sana turut mengenali nama Taufik Batisah sebagai pemenang pertama Singapore Idol.

Justeru hati mana tidak gembira apabila akhirnya dapat bertemu orang sebenarnya di depan mata.

Taufik mendapat sorakan gemuruh apabila menyanyikan dua lagu, Suatu Janji dan Me and Mrs Jones di depan sekitar 12,000 orang penonton yang memenuhi acara Hari Singapura yang berlangsung di ibu kota Britain itu pada 25 April lalu.
bh_london1.wtmk
Menurut pengurus Taufik, Min, ada peminat asal Singapura yang belajar atau menetap di Scotland dan Italy bahkan sanggup terbang ke London khusus untuk menyaksikan persembahan Taufik di Hampton Court itu.

'Kami tak sangka Taufik dikenali di kalangan orang-orang asal Singapura yang dah lama menetap di Eropah kerana mereka sanggup beratur untuk mendapatkan autograf dan bergambar bersamanya.

'Sambutannya tidak jauh berbeza daripada peminat-peminatnya di Singapura,' kata Min lagi. Turut mengadakan persembahan ialah artis komedi, Jack Neo.

Di London, Taufik juga berpeluang melawat Istana Buckingham, Big Ben, London Eye, Harrods J dan Hyde Park.
bh_london.wtmk
Hari Singapura adalah satu acara mendekati rakyat tempatan di luar negara dengan tujuan membolehkan mereka kekal berhubungan dengan negara ini, selain mengeratkan semangat keakraban di kalangan mereka.

Ini adalah tahun ketiga Hari Singapura diadakan. Kali pertama ia diadakan di New York pada 2007 dan dihadiri lebih 6,000 rakyat Singapura dan di Melbourne tahun lalu, dihadiri 11,000 orang.

Acara di London merangkumi pameran tentang Singapura seperti kehidupan di bandar global, perubahan dalam estet perumahan dan perkembangan sekitaran pembelajaran negara ini.


lime_bullet Back To Newspaper Articles


Copyright © 2008 TaufikBatisah.net All Rights Reserved.