headernewspaper
What exactly lies beneath the exterior of that cool, calm & composed soulman whom we know as Taufik Batisah? Check out the following sections to learn more about the man.

lime_bullet Taufik featured in Berita Harian

Ekstra: 14 June 2009
Rombakan Sejajar Dengan Perubahan Zaman Dan Perkembangan Muzik Masa Kini

Industri berubah, pendekatan terhadap sebarang pertandingan berkaitan dengan muzik juga harus berubah.

Kalau dulu penyanyi mengeluarkan album, kini semakin ramai pula memilih menerbitkan singles.

Populariti lagu juga tidak harus dinilai dari segi larisnya penjualan album sahaja, bahkan jumlah lagu dimuat turun menerusi Internet dan sebagai deringan telefon juga harus diambil kira.

Justeru merupakan satu langkah bijak apabila penganjur Anugerah Planet Muzik (APM) 2009 memilih untuk merombak beberapa kategori demi memastikan pencalonan lagu-lagu dan artis untuk pertandingan tahun ini sejajar dengan perubahan perkembangan muzik masa kini dalam media baru.

Antara perubahan itu ialah menghapuskan kategori khusus untuk Singapura, kecuali bagi kategori Artis Singapura Paling Popular dan Lagu Singapura Paling Popular.

Acara tahun kali bagi julung-julung kalinya akan berlangsung di Jakarta, Indonesia, bertempat di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Jakarta di Senayan. Ia akan diadakan pada 18 Julai ini.

APM dianjurkan dengan kerjasama Mediacorp Radio dan Beyond Events Sdn Bhd.

Naib Presiden (Perancangan Melayu, India) Mediacorp Radio, Zakiah Halim, dalam sidang media APM 2009 miggu lalu berkata, misi utama penganjuran APM yang mula diperkenalkan pada tahun 2003 hanya satu, iaitu untuk mengangkat darjat industri muzik serantau ke tahap yang lebih tinggi.

Menggabungkan tiga negara serumpun iaitu Malaysia, Indonesia dan Singapura, APM juga dilihat sebagai platform untuk mengembangkan lagi pasaran muzik serantau.

Penganjur akur, sepanjang lapan tahun penganjurannya, APM juga tidak pernah terlepas daripada kritikan yang cukup hebat sahaja melabuhkan tirainya.

Pengarah Urusan Beyond Events, Amin Hussen, berkata: "Kami mengambil semua kritikan tersebut untuk memperbaiki segala kelemahan dalam memantapkan lagi APM. Lebih-lebih dengan senario pasaran muziksemasa yang masih lagi bergelora, APM prihantin dengan situasi yang berlaku."

Biarpun tidak ramai penyanyi melahirkan album sepanjang tahun lalu, namun impak daripada penghasilan singles ternyata telah merubah landskap APM untuk tahun ini.

"Apabila kami mengambil keputusan untuk merombak kategori bagi menyesuaikannya dengan pasaran muzik semasa, ramai menyambutnya secara positif."

"Dengan ini, peluang mereka untuk mencalonkan karya masing-masing terbuka dengan lebih luas, sekali gus menonjolkan keistimewaan bakat masing-masing," kata Amin lagi.

Antara kategori baru yang diperkenalkan adalah Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu bagi Artis Baru Lelaki, Wanitadan Duo/Kumpulan Baru Terbaik selain kategori Kolaborasi Terbaik Dalam Lagu.

Bagi kategori popular pula, APM 2009 buat pertama kalinya mengadakan kategori Artis Serantau Paling Popular dengan mencalonkan empat artis dari Malaysia, Indonesia dan Singapura.

Jika sepanjang tahun lalu kategori Lagu Paling Popular dipilih berdasarkan undian peminat menerusi borang undian dan khidmat pesanan ringkas (SMS), kali ini pemenangnya akan ditentukan berdasarkan bilangan muat turun yang paling banyak.

Namun, ia terbatas pada Lagu Malaysia dan Indonesia Paling Popular sahaja, manakala Lagu Singapura Paling Popular masih lagi mengekalkan undian secara SMS.

Dalam pada itu, apa yang membuat Amin sungguh gembira dan teruja adalah apabila senarai pencalonan yang diterima daripada Malaysia adalah paling banyak untuk tahun ini, dengan peningkatan melebihi 50 peratus iaitu dengan 177 pencalonan berbanding 108 sahaja tahun lalu.

Namun begitu, Indonesia menunjukkan penurunan yang mendadak apabila hanya mengemukakan pencalonan sebanyak 185 sahaja berbanding 315 pada tahun lalu.

Perubahan itu juga melihat kategori Singapura digabungkan sekali dalam kesemua kategori yang dipertandingkan di peringkat serantau.

Pemansuhan itu secara tidak langsung meninggalkan impak yang bukan sedikit apabila Singapura hanya menerima 48 pencalonan berbanding lebih 101 penyertaan tahun lalu.

APM 2009 mempertandingkan 16 kategori terbaik dan popular di samping dua anugerah khas iaitu Anugerah Cinta Planet Muzik dan Anugerah Khas Planet Muzik.

Pemilihan Jakarta sebagai tuan rumah tahun ini ialah kerana suasana politik yang agak tenang. Global TV merupakan penyiar rasmi tahun ini.

"Kami juga memberi jaminan senarai artis yang akan membuat persembahan nanti akan seimbang dan tidak akan timbul persoalan dominasi serta perkara berbangkit yang lain."

APM 2009 akan disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria (saluran 34, Mio TV).

Antara perkembangan menarik mengenai pencalonan artis Singapura ialah kemunculan penyanyi Nur Hasanah Zakariah atau Nana yang tersenarai dalam kategori Persembahan Vokal Terbaik dalam Lagu (Wanita) untuk lagu Lafaz ciptaan Jaliboy.

Artis Singapura yang tersenarai dalam kategori Artis Serantau Popular pula ialah Taufik Batisah, Hady Mirza, Ahli Fiqir dan Aliff Aziz.

Sementara band indie, Hujan, mendahului senarai pencalonan dari Malaysia (enam kategori), penyanyi Afghan, yang mendapat empat kategori, meletakkan Indoesia dalam keadaan yang selesa.


lime_bullet Back To Newspaper Articles


Copyright © 2008 TaufikBatisah.net All Rights Reserved.