headernewspaper
What exactly lies beneath the exterior of that cool, calm & composed soulman whom we know as Taufik Batisah? Check out the following sections to learn more about the man.

lime_bullet Taufik featured in Berita Harian

Berita Harian: 19 September 2009
Taufik gema ‘Majulah Singapura’ di F1

screen-capture-3

Untuk menyanyikan Lagu Kebangsaan ini secara solo bukanlah mudah tidak seperti jika anda berkumpul beramai-ramai menyanyikannya. Meskipun begitu, cabaran Taufik kelak adalah menambahkan melodi kepada nyanyian tersebut, agar ia lebih bertenaga dan ada 'soul' - Taufik Batisah

MENYANYI di depan 83,000 penonton secara live dan sekitar 110 juta lagi di kaca televisyen di seluruh dunia!

Itulah yang akan dilakukan penyanyi tempatan, Taufik Batisah, pemenang pertama Singapore Idol (2004), di perlumbaan malam Formula Satu (F1) Singapura pada 27 September ini.

Taufik diberi penghormatan tahun ini untuk menyanyikan Lagu Kebangsaan yang akan membuka tirai perlumbaan kereta F1 itu.

Tahun lalu, penghormatan itu jatuh pada bintang opera Singapura, Janani Sridhar, yang diterbangkan pulang dari Oberlin College di Amerika Syarikat, tempat beliau menuntut.

'Bagi Taufik ia merupakan satu penghormatan yang tinggi kerana bukan saja membawa Lagu Kebangsaan negara malah sebagai penyanyi tempatan yang berpeluang ditontoni jutaan orang serata dunia.
'Rasa gementar tentu ada dan Taufik berharap akan dapat lakukan yang terbaik,' kata Taufik ketika ditemui Berita Harian baru-baru ini.

Menyanyi di khalayak ramai bukanlah sesuatu yang baru bagi beliau, yang baru-baru ini memenangi Artis Paling Popular Singapura di Anugerah Planet Muzik di Jakarta, Indonesia - anugerah yang dirangkulnya sejak 2006.

Setelah memenangi idola Singapura pada 2004, beliau berpeluang membuat persembahan di London, Malaysia, dan Korea di depan ribuan penonton.

Bahkan Taufik pernah mendendangkan Lagu Kebangsaan ketika menerima Anugerah Belia Singapura di Istana tahun lalu.

'Untuk menyanyikan Lagu Kebangsaan ini secara solo bukanlah mudah tidak seperti jika anda berkumpul beramai-ramai menyanyikannya.

Meskipun begitu, cabaran Taufik kelak adalah menambahkan melodi kepada nyanyian tersebut, agar ia lebih bertenaga dan ada 'soul',' kata Taufik, 28 tahun.

Pemilihan Taufik kali ini juga sebagai meneruskan trend untuk mempamerkan bakat-bakat muda tanah air di pentas dunia.

Menurut Pengarah Operasi Singapore GP, Cik Sarah Martin, Taufik dipilih berdasarkan status beliau sebagai ikon muzik negara yang dikenali ramai.

'Beliau merupakan pilihan natural kepada kami. Taufik sangat berbakat, daripada nyanyian kepada gubahan muzik dan lagu.

'Beliau juga boleh membawakan pelbagai genre muzik dan tentunya mempersembahkan Lagu Kebangsaan di sukan bertaraf dunia ini akan menjadi salah satu pencapaian beliau dalam kerjaya muziknya,' kata Cik Martin.

Grand Prix Formula 1 SingTel Singapura 2009 akan bermula dengan nyanyian Lagu Kebangsaan di Grid Permulaan sekitar 7.46 malam Ahad 27 September.

Ini akan ditayangkan secara langsung di televisyen serata dunia.


lime_bullet Back To Newspaper Articles


Copyright © 2008 TaufikBatisah.net All Rights Reserved.