What exactly lies beneath the exterior of that cool, calm & composed soulman whom we know as Taufik Batisah? Check out the following sections to learn more about the man.
Singapura: 20 November 2009
Peraduan gubah lagu bagi Sukan Olimpik Belia
MERAI Sukan Belia Olimpik (YOG) Singapura menerusi muzik dan menggalak masyarakat setempat lebih terlibat dalam acara tersebut.
Itulah objektif peraduan menggubah lagu Nyanyi! Sukan Belia Olimpik 2010 Singapura, yang bermula hari ini.
Peserta solo atau kumpulan peraduan itu dikehendaki menggubah lagu selama tiga hingga lima minit dan memuat naik gubahan mereka ke laman web www.singsingapore2010.nyc.sg.
Lirik lagu dikehendaki merai semangat belia dan Sukan Olimpik serta nilai-nilai Olimpik, seperti kecemerlangan, persahabatan dan penghormatan. Ia boleh digubah dalam sebarang bahasa.
Peraduan itu dianjurkan jawatankuasa penasihat pelibatan masyarakat, Jawatankuasa Penganjur Sukan Belia Olimpik Singapura dengan kerjasama Alumni Penerima Anugerah Emas Pencapaian Belia Nasional (GAHA @ NYAA) dan Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) Central Singapore.
Ia dibuka kepada semua golongan usia dan warga negara, dengan peringkat separuh akhir diadakan 5 Februari depan dan akhir sebulan kemudian.
Kedua-dua peringkat akan diadakan secara langsung di bawah Program Kesenian Kehidupan Masyarakat (CLAP!), sebuah program kesenian masyarakat, di Far East Plaza.
Peserta terpilih akan mendendangkan lagu mereka di platform itu.
Lagu-lagu terpilih sebagai finalis mungkin didendangkan di pelbagai acara YOG Singapura.
Pemenang akan dipilih berdasarkan makna lirik dan kesesuaian gubahan lagu dengan lirik.
Juara peraduan akan menenangi wang tunai $1,000 dan trofi.
Panel hakim termasuk Idola Singapura, Taufik Batisah, dan hakim Idola Singapura, Encik Ken Lim.
Tarikh tutup peraduan ialah 20 Disember.
Mayor CDC Central Singapore, Encik Zainudin Nordin, yang juga pengerusi SYOGOC, berkata:
'Kami berharap peraduan menggubah lagu ini dapat menimbulkan satu rasa kebanggaan dalam masyarakat Singapura kerana mereka berpeluang menggubah lagu bagi acara bertahap antarabangsa ini.
'Kami yakin penduduk di sini dapat menghasilkan lagu-lagu berkualiti, dan berharap dapat mengeluarkan bakat terpendam mereka.'
Copyright © 2008 TaufikBatisah.net All Rights Reserved.
