What exactly lies beneath the exterior of that cool, calm & composed soulman whom we know as Taufik Batisah? Check out the following sections to learn more about the man.
Singapura: 25 Februari 2010
Taufik Nyanyi Sambil Terapung Di Udara

MENGAGUMKAN: Menurut Taufik Batisah, pemandangan dan suasana ketika membuat persembahan Chingay 2010 dari belon yang terapung 30 meter di udara sungguh mengagumkan.
BAYANGKAN membuat persembahan nyanyian terapung-apung di udara dalam sebuah belon di ketinggian 30 meter.
Itulah yang dilakukan oleh penyanyi popular Taufik Batisah, yang buat julung-julung kalinya mengambil bahagian dalam pesta Chingay 2010, yang diadakan di Marina Bay hujung minggu lalu.
Taufik diberi penghormatan bersama dengan finalis Singapore Idol 2009, Tabitha Nauser, dan pemenang peraduan nyanyian Campus Superstar, Ng Chee Yang, atau lebih dikenali sebagai Zhiyang, untuk mendendangkan sebuah lagu berjudul Let Us Celebrate, We Are One atau 'Marilah Kita Meraikan, Kita Adalah Satu'.
Persembahan tersebut lebih menarik kerana ketiga-tiga mereka berada dalam tiga belon raksasa, terapung 30 meter dari tanah. Pertunjukan yang juga merupakan acara kemuncak pesta itu turut melibatkan sekitar 1,500 peserta.
Bertajuk Celebrations, pesta Chingay 2010 itu juga diadakan sempena perayaan ulang tahun ke-50 Persatuan Rakyat (PA) tahun ini.
'Saya berbesar hati dan bangga dapat sama-sama menjayakan Chingay 2010 ini.
'Daripada pemandangan 30 meter di udara, saya amat kagum dengan semangat dan penglibatan pelbagai kaum yang ditunjukkan dalam perayaan ini, dan ini menunjukkan betapa kukuhnya hubungan antara kaum dan agama di negara ini,' kata Taufik, 28 tahun.
Back To Newspaper Articles
Copyright © 2010 TaufikBatisah.net All Rights Reserved.
