headernewspaper
What exactly lies beneath the exterior of that cool, calm & composed soulman whom we know as Taufik Batisah? Check out the following sections to learn more about the man.

lime_bullet Taufik featured Berita Harian

Singapura
: 12 Jun 2010
Bulan Bahasa

Ayuh Bertutur Bahasa Melayu
Pelbagai kegiatan dianjur untuk menarik minat golongan muda dan dewasa

USAHA menggalak masyarakat Melayu meningkatkan kebolehan berbahasa Melayu, menggunakan bahasa Melayu dengan betul dan berasa bangga setiap kali bertutur dalam bahasa Melayu akan disemarakkan.

Sempena Bulan Bahasa 2010, Jawatankuasa Bulan Bahasa telah melantik Duta Bahasa Melayu dan menganjurkan pelbagai kegiatan bukan sahaja bagi menarik golongan muda mencintai bahasa Melayu tetapi juga menggalak golongan dewasa supaya lebih selesa dan kerap berbahasa Melayu.

Jawatankuasa itu berharap usaha yang dijalankan itu akan menjadi titik tolak penting dalam usaha memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa ibunda.

Bercakap di sidang media semalam, Setiausaha Parlimen Kanan (Tenaga Manusia merangkap Kesihatan), Encik Hawazi Daipi, menekankan bahawa kefasihan dan penguasaan bahasa Melayu bergantung kepada kekerapan menggunakannya.

'Para pelajar tidak harus menghadiri tuisyen bahasa Melayu semata-mata untuk lulus atau cemerlang dalam peperiksaan. Tuisyen bukan satu-satunya cara menggalakkan penggunaan bahasa Melayu,' ujarnya ketika mengulas laporan akhbar Berita Harian sebelum ini mengenai bertambahnya bilangan pelajar Melayu yang mengambil tuisyen bahasa Melayu.

Berpandukan slogan 'Bahasa Kita. Gunakanlah' tahun ini, sebanyak 57 kegiatan kebahasaan - termasuk persembahan, peraduan, ceramah dan bengkel - akan dianjurkan pelbagai pertubuhan Melayu seperti Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu (MAEC), sekolah-sekolah dan institusi pengajian tinggi.

Yang menarik tahun ini, kegiatan-kegiatan ini juga akan dimeriahkan dengan penglibatan lapan personaliti terkenal Duta Bahasa Melayu, antaranya penyanyi terkenal

Taufik Batisah dan personaliti popular, Asmah Laili.

Mengulas penglibatannya dalam Bulan Bahasa 2010, Taufik berkata:

'Secara jujur, Taufik sendiri tidak sempurna (dalam bertutur bahasa Melayu). Yang penting, minda kita harus terbuka untuk berubah dan memperbaiki kebolehan kita bertutur dalam bahasa Melayu.'

Selain personaliti terkemuka, Duta Bahasa Melayu juga diwakili 180 pelajar dari sekolah rendah hingga ke maktab rendah dan institut pengajian tinggi.

Tahun ini, Encik Hawazi juga akan 'turun padang' bagi satu sesi bercerita kanak-kanak pada 10 Julai ini di Perpustakaan Negara.

Bulan Bahasa dijangka lebih gah dan meriah lagi tahun ini dengan penglibatan 18 MAEC, daripada hanya 12 pada 2008 - kali terakhir Bulan Bahasa diadakan, menurut

Encik Tajudin Jaffar, setiausaha jawatankuasa tersebut.

'Tahun ini, kami telah dapat sambutan yang menggalakkan dengan lebih banyak MAEC yang ghairah untuk menyertai Bulan Bahasa, sampai ada yang tertanya-tanya bila ia akan diadakan,' kata Encik Tajudin.

Bulan Bahasa 2010 akan dilancarkan 26 Jun ini di Perpustakaan Negara oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan, Encik Teo Chee Hean.

lime_bullet Back To Newspaper Articles


Copyright © 2010 TaufikBatisah.net All Rights Reserved.