What exactly lies beneath the exterior of that cool, calm & composed soulman whom we know as Taufik Batisah? Check out the following sections to learn more about the man.
Taufik featured @ UtusanOnline
Hiburan: 27 September 2009
Suria Hatiku Taufik

MENJADI antara penyanyi popular di Kota Singa sebenarnya merupakan kelebihan kepada Taufik Batisah untuk melebarkan sayapnya ke arena muzik tempatan.
Kejayaan demi kejayaan yang dikecapi oleh penyanyi tinggi lampai yang dicungkil bakat daripada program Singapore Idol ini sememangnya begitu memberangsangkan dan tidak hairanlah jika Taufik mahu dirinya diterima di sini.
Episod demi episod kejayaan yang diperoleh seringkali disalah tafsir sehingga ada yang mengatakan Taufik tidak mempunyai persaingan di sana.
Enggan memikirkan apa yang diperkatakan oleh orang lain, Taufik kini mahu menumpukan perhatian terhadap album terbarunya yang berjudul Suria Hatiku yang sudahpun memasuki pasaran tempatan.
“Saya gembira kerana mempunyai peminat setia yang tak pernah jemu-jemu menyokong saya selama ini. Ramai yang memuji lagu baru yang sudahpun boleh didengar di radio.
“Saya jarang sekali datang ke Malaysia tetapi pernah datang untuk Anugerah Planet Muzik dan beberapa acara tertutup.
“Kali ini saya berharap agar gabungan saya bersama dengan syarikat rakaman Suria Records dapat memudahkan lagi perjalanan saya di sini seterusnya mencipta nama,” kata penyanyi yang masih belum berpunya ini.
Suria Hatiku memuatkan 10 buah lagu termasuklah dua lagu ciptaan M. Nasir dan selebihnya dicipta oleh Taufik.
Angin perubahan jelas ketara dirasai apabila kebanyakan lagu-lagu yang terkandung lebih berunsurkan soft rock dan balada berbanding dance dan R&B sebelumnya.
Berbicara mengenai hal peribadi, akui Taufik bahawa ibu dan bapanya telah bercerai sejak dia berusia 15 tahun lagi dan dia yang kini menginjak usia 28 tahun tetap yakin semua yang terjadi itu ada hikmahnya.
Bagi Taufik pada awalnya dia sering merasakan bahawa hari rayanya sudah tiada maknanya lagi memandangkan dia tidak mempunyai keluarga yang sempurna.
Tapi kini semuanya sudah seperti sedia kala memandangkan Taufik sering kali berkumpul beramai-ramai di rumah bapanya bersama dengan adik beradik tiri yang lain.
Bagi peminat yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai Taufik, anda boleh layari www.taufikbatisah.net untuk maklumat lanjut.
Back To Newspaper Articles
Copyright © 2008 TaufikBatisah.net All Rights Reserved.
